Prof. Dr. Kamarudin Mat-Salleh

Prof. Dr. Kamarudin Mat-Salleh
Profesor Taksonomi dan Sistematik Tumbuhan

Di lahirkan di Tanah Merah,Kelantan pada 17 April 1959, Prof Dr Kamarudin memdapat pendidikan asas di SekolahKebangsaan Tanah Merah (1966-1972) dan Sekolah Menengah Tanah Merah (1973-1974), sebelum dihantar ke Sekolah Menengah Sains Kelantan, Pengkalan Chepa (sekarang SekMen Sains Faris Petra)(1975-1976) dan Sekolah Menengah Alam Shah (1977).Mendapat ijazah SmSn Kep. (Botani) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, KualaLumpur (1982), M.Sc: dalam bidang taksonomi tumbuhan dariUniversity of Aberdeen, Scotland (1985) dan Ph.D di dalam Botani Sistematikdari Michigan State University, East Lansing, Michigan (1992), beliau merupakansalah seorang pakar taksonomi dan sistematik tumbuhan di Asia Tenggara danmenjadi pakar kepada taksonomi dan biologi Rafflesia,bunga terbesar didunia. Beliau merupakan ketua ekspedisi ke Trus Madi Sabahpada tahun 1989 dimana penemuan spesies baru Rafflesia telah direkodkan danbertanggung jawab sebagai autoriti spesies yang dinamakan Rafflesia tengku-adlinii, spesies Rafflesia yang pertama dinamakansebagai penghormatan kepada pembesar tempatan. Beliau juga merupakan bekasPengerusi JK Penyelidikan dan Pemuliharaan Rafflesia Sabah diakhir 1990an yangtelah menjadi tulang belakang kepada promosi Rafflesia sebagai simboleko-pelancongan dan pemuliharaan sehingga ia menjadi terkenal pada hari ini.Buku beliau Magnificent Rafflesia ofSabah adalah buku pertama mengenai Rafflesiayang pernah diterbitkan.

Dengan kepakaran beliau tentang Rafflesia, Prof Kamarudin selalu dijemput untuk menjalankankerjalapangan dan memberikan pandangan mengenai penerbitan spesies baru Rafflesia di Filipina, Thailand danIndonesia. Makmal penyelidikan Taksonomi dan Sistematik Tumbuhan di PusatPengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam UKM mempunyai ramai pelajar dari AsiaTenggara yang menjalankan kajian tumbuhan Malesia. Pada tahun 2006, beliau danpelajar beliau telah menerbitkan satu lagi spesies baru yang dinamakan Rafflesia bengkuluensis dari Sumatera dan satu lagi spesies akan diperkenalkan dari Aceh. Beliau juga sedang menyediakanPelanPengurusan dan Pemuliharaan Rafflesia di Semenanjng Malaysia dan SemakanPerundangan mengenai Perlindungan Rafflesia di Malaysia yang diminta oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Pada masa ini Prof Kamarudin jugamenjadi peneraju kepada weblog Rafflesia-in-Bloom yang menjadisumber rujukan kepada penggemar Rafflesia di Asia Tenggara. tahun 2006.

Selain dari Rafflesia, ProfKamarudin juga menjadi pakar kepada famili Annonaceae atau Mempisang dan telahmenerbitkan banyak makalah dan monograf. Famili ini merupakan salah satu famili tumbuhanyang penting. Pada akhir tahun 1990an beliau juga menjadi pengelola kepadapengkalan-pengkalan data tumbuhan di Malaysia di dalam portal MalaysiaBiodiversity Online. Ini termasuklah Turner’s Checklist of Vascular Plants of the MalayPeninsular, Burkill’s Dictionary dan Integrated Checklist of Malaysia Plants.Atas kepakaran ini, beliau telah diminta oleh MOSTI (pada masa itu MOSTE) untukmenyediakan buku Tumbuhan Ubatan Malaysia yangtelah mengumpulkan maklumat kesemua 916 spesies tumbuhan bernilai ubatan diMalaysia dan berjaya diterbitkan pada tahun 2002. Beliau juga menjadi perundingtaksonomi kepada penerbitan 2002 spesies di dalam buku Compendium of Medicinal Plants Usedin Malaysia terbitan Instutute of Medical Research.

Prof Kamarudin telah menjalankan kajian di dalam 21program penyelidikan di UKM, di mana beliau menjadi ketua kepada 8 daripadaprogram tersebut. Beliau juga telah 13 pelajar siswazah dan 62 tesis pelajar pra-siswazah.Setakat ini beliau telah menerbitkan 5 buku, 17 bab dalam buku, 33 kertaspenyelidikan di dalam jurnal, 70 kerta kerja teknikal mengenai sistematikAnnonaceae, Simaroubaceae, dan Rafflesia; etnobotani dan flora tumbuhan ubatanMalaysia, informatik biodiversiti dan pemuliharaan tumbuhan Malesia.

http://kms.drkms.com/index.php?pr=Siapa_Pakdin

Comments :

0 comments to “Prof. Dr. Kamarudin Mat-Salleh”

Post a Comment