Rafflesia Gua Musang “ The Queen of the Jungle” | for everyone |
Awalnya mo buat tulisan pake Bahasa Indonesia.. trus ingat pepatah.. di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung :) so, coba2 buat artikel dalam Bahasa Melayu :D ... kurang-lebih sama aj ko'...
Buat temen2 dari Malaysia.. mohon maaf klo masih banyak kesalahan...
ni pengalaman ketika "field work" class ethnobotany di Gua Musang, Kelantan.
Gua Musang terletak di Semenanjung Malaysia tepatnya di Negeri Kelantan, terkenal dengan Gua Batugamping, Taman Etnobotani, Perkampungan orang asli dan Hutannya yang masih sangat alami. Karena habitatnya yang alami, hutan Gua Musang juga di kenali sebagai salah satu habitat daripada bunga terbesar di dunia, iaitu bunga Rafflesia.
Untuk menjumpai Rafflesia di hutan Gua Musang memerlukan perjuangan yang berat, pelancong mesti mendaki selama kurang lebih 3 jam melewati sungai, jalan yang licin, dan tanah lembab berlumpur untuk boleh sampai ketempat hidup Rafflesia. Memang telah menjadi ciri khas Rafflesia hidup di dalam hutan primer untuk dapat bertahan hidup. Namun pelancong juga akan berkesempatan melihat kawasan tempat tinggal “Orang Asli” sebagai salah satu tempat tujuan pelancongan. Tempat tinggal orang asli terletak di pinggiran-pinggiran hutan.
Rafflesia hutan Gua Musang dikenali sebagai spesies kerii, dimana sebelum kembang kudup bunga membesar sampai sebesar “kol” berwarna merah tua. "Kuntum bunga Rafflesia Gua Musang memiliki lima kelopak dengan diameter 40 cm dan tinggi15 cm," ukuran itu relatif kecil daripada biasanya manakala ada bunga Rafflesia yang mencapai delapan kelopak dan tinggi mencapai hingga 1 meter. Bunga rafflesia boleh kembang dalam semalam dan biasanya layu dalam masa 5-7 hari.
Rafflesia kerii tidak pernah berhasil dikembangbiakkan di luar habitat aslinya, sebab apabila akar atau inangnya mati, Rafflesia akan ikut mati. Rafflesia bersifat parasit terhadap satu tumbuhan liana tertentu bernama tetrastigma, dan tinggal di dalam akar tersebut seperti tali.
Rafflesia mengeluarkan bau busuk seperti bangkai untuk menarik perhatian lalat yang menjadi polinator (penyebar polen) utamanya dan membantu proses pendebungaan. Ekologi Rafflesia masih merupakan misteri hingga saat ini, didugai Babi Hutan dan Tupai merupakan agen penyebarluasan bunga ini melalui bijinya yang sangat kecil.
Pesona Rafflesia dengan ukuran dan warnanya yang indah sangat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara. Apalagi bunga ini juga terkenal sebagai bunga yang langka sebab Rafflesia memerlukan waktu 11 bulan untuk dapat kembang. Setelah melalui perjalanan panjang di dalam hutan, rasa penat dan lelah semasa mendaki akan hilang setelah melihat keindahan Rafflesia, ditambah dengan panorama hutan asli yang indah, bunga Rafflesia mekar indah di tengah-tengah hutan yang primer belum terjamah, maka pantaslah apabila Rafflesia diumpamakan seperti “The Queen of the jungle”.
By : Kharisma (FST-UKM)

Tags: rafflesia
Prev: SIK, 18 Februari 2007http://kharismaukm.multiply.com/photos/album/2
Comments :
Post a Comment